Fabulous Followers

Rabu, 8 Februari 2012

Emas

salam sejahtera..

entry kali ini untuk menceritakan sikit pasal pelaburan emas yang banyak tidak diketahui..emas ni merupakan bahan logam, dan pada zaman dahulu digunakan sebagai medium pertukaran..emas cepat diterima pakai dan nilainya tidak susut..

definisi emas adalah seperti berikut ( sumber wikipedia)  :
Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au ( L. aurum) dan bernombor atom 79.emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling,barang kemas dan hasil seni sejak dari zaman dahulu lagi.logam ini secara asli didapati dalam bentuk ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan atau mendapan aluvial.kadang² ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium.logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. 


Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. 


Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia.


 Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

pada zaman sekarang emas dimiliki untuk menjadikan aset kepada individu yang berminat..individu yang berminat tentang emas bolehlah mendapatkan pengetahuan emas secara mendalam di banyak laman-laman web hari ini..

kesilapan yang dilakukan semasa melabur emas banyak dilakukan kerana faktor kecuaian yang lazim..sebagai contoh adalah membeli barang kemas,yang kebiasaannya untuk pemakai sahaja..pada masa sekarang emas jongkong atau gold bar sudah pun dipopularkan dan tidak menjadi satu kesusahan untuk mendapatkannya..

Kesilapan-kesilapan Pelabur Emas :

1. melabur kerana ikutan dan tidak memiliki ilmu.pentingnya ilmu disini untuk menjauhkan anda dari kerugian semasa melabur..sekurang-kurangnya bacalah 1buku tentang pelaburan emas dan 'join' seminar² yang diadakan tempat anda sekurang²nya sekali..

2. menunggu masa emas turun pada paling renda untuk membuat pembelian.disini saya ingin perbetulkan pandangan setengah pihak,ya betul pada masa emas rendah adalah cara terbaik untuk membelinya tapi anda tidak akan memahami bilakah harga emas tersebut paling rendah selagi belum membuat pembelian pada pertama kalinya.cara yang betul adalah belilah sekurang-kurangnya 1 dianr/bar dan monitor lah harga dengan betul.info kepada anda bahwa penganalisis teknikal yang pakar harga emas pun belum tentu tahu bilakah harga emas paling rendah.

3. meminjam duit untuk membeli emas adalah kesilapan teknikal yang banyak dipraktikkan..JANGAN! sesekali jangan berhutang atau meminjam untuk melabur.gunakan sahaja duit lebihan yang tidak digunakan.



Jenis jenis emas :


  1. emas 999/emas 10 
  2. 950 emas kelantan atau emas 9 ½
  3. 916
  4. 917 untuk dinar sahaja ( spesifikasi Saidina Umar r.a )
  5. 875
  6. 835
  7. 750
  8. 585
  9. 375 suasa/toso
panggilan-panggilan lama untuk emas :

  • emas sedinar : 4.25g
  • emas se amas : 2.551g
  • emas sria : 2.72g
  • emas sekupang (terengganu) : 0.64g
  • emas 2kupang : 1.28g



sampai berjumpa lagi di Entry lain..



















0 comments: