Fabulous Followers

Isnin, 23 Januari 2012

Kategori jenayah

Ini adalah pengenalan kepada bentuk-bentuk jenayah yang popular diseluruh dunia dan juga asia terutamanya..
Adalah mustahak untuk kita semua memahami dan bincangkan dengan mendalam apa itu jenyah dengan menggunakan terminologi tertentu.disini saya bahagi kan tujuh jenis jenayah besar iaitu. ; pembunuhan,rogol,rompak,serangan keras,pecah premis,pencurian,dan pencurian kenderaan..
Ketujuh-tujuh kategori ini boleh dibahagikan kepada 2JENIS.. Iaitu JENAYAH KEJAM termasuk bunuh,rogol,rompak,serangan keras dan JENAYAH HARTA BENDA terdiri daripada pecah premis,curi,curi kenderaan..
Anda perlu diingatkan bahawa setiap sesi yang diperlukan untuk mempertahankan diri yang paling praktikal adalah 80%mental dan 20% penggunaan fizikal..
PEMBUNUHAN
Kita ambil negara kita sebagai contoh,Malaysia didapati agak cemerlang dalam rekod bunuh,tahniah kerana kecemerlangan.pada tahun lepas iaitu 2010 sahaja statistik melaporkan sebanyak ribuan ( tidak dituliskan kerana tidak mempunyai maklumat yang jelas,maafkan penulis ) kes yang dilaporkan.bagi mereka yang menyangka pertahanan diri ini adalah tidak penting adalah dalam kerugian semata-mata..
Secara purata 7 daripada 10 pembunuhan ini didapati dilakukan menggunakan senjata.selanjutnya setiap satu daripada 2pembunuhan adalah tindakan kekejaman dan keganasan rambang ( erti kata,penjenayah dan mangsa tidak mengenali antara satu sama lain ).
ROGOL
Definisi rogol adalah pembabitan dalam aktiviti seks dengan orang yang tidak merestukannya.
Terdapat empat kategori jenayah rogol yang dapat saya senaraikan antaranya ialah :
1. Rogol domestik : yang dilakukan oleh orang atau pasangan terdekat dengan diri mangsa.
2. Rogol temujanji : yang dilakukan oleh individu yang mangsa bertemu dengannya..
3. Rogol kenalan : yang dilakukan oleh kenalan atau rakan
4. Rogol orang asing : aksi yang dilakukan oleh orang yang tidak dikenali mangsa.
ROMPAKAN
Melihat kepada definisi yang tertulis dalam kamus webster ianya didapati "jenayah yang dilakukan untuk rampasan harta persendirian ketika ianya berada didalam milikan tuan atau ketika kehadiran seseorang dengan menggunakan kekerasan dan juga paksaan".
SERANGAN INDIVIDUAL/KERAS
Dapat ditafsirkan sebagai serangan fizikal dan kekejaman seseorang ke atas individu yang lain.
Sampai bertemu lagi..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 22 Januari 2012

Pengenalan kepada pertahanan diri

Saya sikit takkan melupakan kisah yang berlaku pada 5tahun lepas yang mana banyak merubahkan kehidupan saya seluruhnya.pada petang yang hiruk itu saya berjoging untuk mengeluarkan peluh di sekitar tasik Jitra,seorang budak perempuan daripada IPTA disekitar itu telah diculik ketika sedang berjoging manakala si teman lelakinya sedang minum air dikawasan itu tidak menyedarinya,waktu itulah penjenayah tersebut melompat keluar dari kereta dan mengambil kesempatan menyorong dia masuk ke dalam kereta.satu jenayah yang berlaku hanya dalam beberapa detik.syukurlah saya berada ditempat kejadian dan terus mengheret dia keluar dari kereta tersebut.lalu saya menunggang motosikal dan mengejar penculik tersebut untuk mendapatkan nombor pendaftaran kereta mereka dan saya berjaya.saya menuju ke balai polis berhampiran dan membuat laporan polis bersama perempuan terbabit.akhirnya selepas 5jam kemudian penculik tersebut ditangkap polis..

Setelah menjadi saksi saya melihat dan mendapat maklumat penculik itu telah dihukum penjara..setelah melihat perempuan itu kembali ke pangkuan keluarganya saya sedar dan tahu apa yang patut saya lakukan.

Untuk pengetahuan anda,saya telah berlatih seni bela diri semenjak di sekolah menengah dan saya begitu teruja tetapi minat saya sentiasa berubah-ubah.sehingga hari kejadian tersebut saya sentiasa belajar untuk berada di bidang komersial tetapi kecintaan saya terhadap seni bela diri tidak dapat dipadamkan dan saya tekad untuk mengajarkan kepada orang ramai seni itu.

Sekarang tidak lagi kerisauan saya wujud,saya memang telah sebati dan akan terus berusaha untuk mengajarkan seni bela diri ini kepada orang ramai..saya mula mengkaji seni-seni bela diri yang baru,mengkaji tingkah laku jenayah,statistik-statistik jenayah dan lain-lain.saya mula mengikut kata hati dan memperhambakan diri kepada seni mempertahankan diri ini..

Matlamat saya mudah,saya ingin membantu supaya orang lain berasa selamat dimana jua samaada dirumah ataupun diluar rumah,disiang hari atau pun malam hari.perjuangan saya ini tidak mementingkan umur,saiz,jantina,kekuatan dan juga kebolehan anda.apabila saya mengasaskan pertubuhan harimau putih 156 pada tahun 2010 saya menetapkan wawasan untuk mendidik mereka seramai yang boleh.

Bahan tips ini boleh dibahagikan kepada 6bahagian dan saya memfokuskan tips ini kepada topik khusus pertahanan diri.saya mengharapkan tips-tips ini menjadi informatif dan mendalam maklumatnya.

Sampai berjumpa lagi .
Tunggu info dari saya kemudiannya..

Ahad, 1 Januari 2012

Arnab itu telah meninggal.

"̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮,saja je entry bagi nampak ganas sikit..ni entah kenapa terasa kelaparan arnab ni..

Ceritanya arnab ini ditinggalkan oleh tuan rumah kerana mereka pergi melancong..oleh sebab mereka kebuluran maka mereka telah menjadi mayat arnab.maaf vocab salah kerana mengantuk..ni rumah kawan aku yang lama tak berjumpa.sebab datang sini nak temankan dia kerana family dia sume tak ada keluar melancong.bahana 4hari tak balik rumah arnab kesayangan dia telah pun pergi meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya..

Tapi moral of the situation disini kalaulah sapa-sapa nak ada pets ke nak bela harimau sekalipun mintak tolong satu je..tolonglah bagi sikit komitmen kepada binatang-binatang peliharaan sendiri..ini boleh menyebabkan mereka pun sayang pada anda,tengoklah akibat kelalaian kita maka haiwan ini mati kelaparan..binatang ini akan menuntut kepada kita haknya pada akhirat..kita manusia adalah khalifah.dengan Allah sudah tentu kena jaga adab dan juga tatatertib,dengan makhluk berakal manusia pun sudah tentulah sebab kita sama sahaja disisiNya melainkan perbezaan takwa dan ilmu yang dimiliki..seluruh makhluk juga kita perlu mempertanggungjawabkan,dah nama pun khalifah..kasihan,snap gambar ni bukan apa,sahaja berniat untuk sedara/ri menginsafkan apa yang telah terjadi..

Tolonglah,kasihanlah kepada binatang peliharaan saudara/ri sekalian kalau nak kemana-mana pun.sekurang-kurangnya carilah sukarelawan/pembantu untuk memberi makan atau menjaga mereka sewaktu ketiadaan kita..

Niat bukan untuk mengguris perasaan waima membuat orang lain bersedih tapi sekadar memberi peringatan insyaAllah