Fabulous Followers

Jumaat, 17 Oktober 2008

ilmu

hahahah..
adoi..
aku terasa lemahlaa main dengan perkataan ni..terasa tercuit hati aku nak kan berlebihan..bukan apa terlalu sedikit aku rasa bila nak dibandingkan dengan benda lain..orang lain..ciptaan ilahi yang lain..padahal..aku sendiri sudah pun di bagi arahan yang ilahi untuk menimba ilmu ni..hermm..

ulasan sedikit pasal ilmu ni..
ianya terbahagi kepada -3..seperti yang kita semua tahu..ilmu yang kita belajar terutamanya ilmu dunia ni dan juga ilmu akhirat kita kenali sebagai ilmu kalam,ilmu yang selalu kita terima hari-hari..tidak kiralaa di universiti ke,sekolah ke,rumah ke,dengan orang tua ke..ilmu yang ni orang buat untuk kejayaan dunia serta akhirat..ilmu ni membawa kepada kekayaan dan pengetahuan am serta membentuk sahsiah diri yang tinggi..(kalau tak betul adalah nanti orang perbetulkan..)..

yang ke-2 pulanya adalah ilmu ghaib..ilmu ini diperolehi oleh hanya orang yang terpilih..ilmu ini bertujuan untuk memberi petunjuk tentang yang tidak diberi oleh apa-apa pun dalam bidang ilmu kalam..ilmu ini hanya diperolehi dengan adanya guru ghaib..manakala guru zahir adalah pembimbing sahaja..ilmu ghaib tidak kenal akan emounya diri..
ilmu ini pula terbahagi kepada 2..iaitu ilmu yang hak dan ilmu yang batil..ilmu ghaib yang hak adalah seperti ajaran wali Allah, malaikat, nabi dan rasul..manakala ilmu ghaib yang batil pula adalah datangnya daripada seperti taghut,iblis,syaitan..

ilmu yang ke-3 adalah ilmu syahadah..ilmu ini adalah ilmu yang datang terus daripada Allah s.w.t..ilmu yang paling tinggi darjatnya adalah ilmu syahadah....

oleh kerana itu..
aku terasa sangat terhina..ilmu kalam yang aku oelajari pun belum aku tahu sepenuhnya..ilmu ghaib hanya sedikit..ilmu syahadah xtaw ape lagi laa..hehehehe..apapun penyediaan aku untuk ilmu ini akan berkekalan..insya-allah..aku bersyukur kehadrat ilahi kerana memberi aku nikmat akal fikiran yang cukup..aku banyak memikirkan tentangNya.."tuhan bukanlah tempat larangan untuk berfikir tentangNya"..aku petik daripada sahabat muslim ku daripada Indonesia..Allahyarham Abdul Wahib..

Allah tidak takut kepada manusia yang memikir kan tentangNya..tapi ianya hendaklah dipenuhi dengan ilmu..bukan sekadar memikir kan sahaja..sebab itu aku sering mengeluh..ilmunya hanyalah indeks atau nol kepada ilmuNya yang maha meluas..tidak pun sampai tersebut ilmu yang kumiliki..maha suci Allah..

Ahad, 12 Oktober 2008

kereta aku..

hadoi..
assalamualaikum..
nilaa kereta aku.. kereta ni aku sangat sayang-sayang..manja sangat ngan aku..hehehehe..
tapi beliau sekarang sedang sakit di atas bukit grik..aku lupa nak servis yang dah pun lepas due nya..
emm..
ceritanya bermula malam sabtu pada tarikh 11hb..aku punya klas dah nak stat dah..
member aku ni dari kedah datang ke negeri ku..
sebagai tetamu aku layan dia jelaa..aku berhajat nak bertolak pada keesokkan hari iaitu 12hb..
tapi terpaksalaa nak layan kawan punya perasaan..katanya mak dia dah membebel lama..
nak jugak paksa aku yang entah kemana xde perasaan apa-apa untuk memulakan perjalanan yang agak jauh..
kami naik kereta..
sampai di jeli kepala aku dah stat pusing..
masa tuh aku berempat..
aku suh member aku yang dari kedah ni bawak..
heheheh..
sekali dia naik bukit direct gear 2..
masya-Allah..
kereta aku macam nak blow..
tapi ok lagi..
sampai di banjaran titiwangsa dia mintak tukar dengan kawan aku yang lain..
bermulalah episod tu..
mula2 ok laa lagi sebab keadaan jalan sedang turun bukit..
sesampai je dekat bukit grik (kira2 5km kot) kereta aku dah bunyi..
tiba2 beliau(kereta aku) mengeluarkan bunyi ~ttumphh boleh dikatakan agak kuat..
setat dari tu memang dah tak larat dia nak pergi..
change punya change gear pon wat tak taw je..
aku berenti..
nahhh..
tak idup terus keta aku..
saat tu laa aku setat rungsing..
dahlaa dalam hutan..
bunyi anjing macam the seekers ke misteri nusantara lebih kurang tulaa bunyi yang ada di situ..
aku duk lam kereta berempat dengan senyap sunyi..
hehehehe..aku ni penakut..
lama2 aku amek keputusan nak kuar cari pomen @bengkel..
nekad..
aku xkira..
hutan ke bandar ke..
sebab aku sayang keta aku..
last2 aku jumpa bengkel..
fuh..
selamat..
aku ketuk..
masya-Allah..
xbangun laa..
dah aku ketuk berpuluh2 kali pun xde orang bukak..dahlaa tengah hutan ade satu je bengkel..aku dengan panas tambah takut balik ke tempat kereta..aku terpandang satu signboard yang menyatakan bahawa ada pondok polis..
jadi aku pun amik no n terus call..polis datang..
lega siott..
doranglaa yang bawak keta aku pegi bengkel..nasib aku baik..
aku jugak mujur sebab ada orang anta aku ke kedah dengan free..
iaitu pomen keta aku sendiri..
hehehehehe..terima kasih kepada beliau..jadi sebagai kesimpulannya adalah..lain kali jangan dengar cakap orang kalo nak wat pape keja..
xde untung pun..aku jugak lain kali dah taknak wat kerja yng merugikan diri aku lagi dah..
dahlaa aku patut abes 100 je wat servis..tengok2 sebab aku tak servis dah naik total kena bayar 600..
mana nak cekau weh..
eemm..

lelaki acuan Al-quran

Assalamualaikum wbt,Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya, Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya, Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya, Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya, Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan, Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga, Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam, Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW, Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan, Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh KematanganLelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan,Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,Di Situlah Rumah Impiannya,Bersama Wanita Acuan Al-Quran. bersama kita berusaha membina generasi al-qur'an. :)

jenis-jenis wanita

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat- buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

wasiat

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat
semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin
nanti,kisah
nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun
kembali ke
rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah
merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.
Semasa
jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara
menunggu
untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri
Allahyarham
tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau
merasa
amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca
ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10
minit
kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan
merungut
itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya
akan
sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya
ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka
milik
suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan
anak-anaknya.Suaminya
tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama
adik-adiknya
kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang
adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam
perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping
itu,
arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan
kira-kira 50
ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil
waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa
mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang
sulong
masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6
tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli
perniagaan,dan
20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara
perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama
rata
kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15
ekar
seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak,
dan
diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta
mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak
rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan
hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang
lain
iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan
kelima;
manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan
kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras
kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton
saga
yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh
isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan
satu
kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu
banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun
pernah aku
suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah
lagi
jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar
rumah
tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak
adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah
diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar
pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang
sebagai
pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis
faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada
disisi
jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi
di
atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai
umat
Islam

-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!

Tomboy

Wanita Tomboy (Wanita yang menyerupai laki-laki)Di Zaman kita sekarang telah muncul sekelompok wanita yang menyimpang dari fitrah Allah, padahal Allah telah menciptakan manusia di atas fitrah itu. Mereka menunjukkan sifat yang tidak sesuai dengan tabiat kewanitaan mereka, padahal Allah telah menjadikan tabiat tersebut untuk membezakan dengan tabiat lelaki. Mereka menyangka bahawa mereka boleh berubah menjadi lelaki. Akibatnya sekelompok wanita tersebut banyak menemui kesulitan dan kesempitan, mereka mengalami problem fizikal dan psiko, menjadi wanita-wanita yang tersisihkan yang dibenci sekaligus menjadi pelampiasan kemarahan suami dan anak-anak mereka. Disamping itu ada ancaman yang amat keras lagi bagi para wanita yang meyimpang dari fitrah dan kudrat kewanitaan mereka serta menyerupai lelaki dalam hal berpakaian, penampilan, akhlak dan tindakan.
Dalam sebuah hadits sahih dari ibnu Abbas Radhiallaahu anhu dia berkata: "Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang berpenampilan seperti laki-laki (HR. Al-Bukhari). Laknat ertinya terusir dan dijauhkan dari rahmat Allah Hadith lain yang juga diterima dan Ibnu Abbas ra dia berkata: "Nabi Sallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat kaum lelaki yang berpenampilan seperti wanita dan wanita yang berpenampilan lelaki," (HR. Al-Bukhari) wanita yang berpenampilan seperti lelaki ertinya yang meniru-niru lelaki dalam berpakaian dan penampilan. Adapun meniru dalam hal ilmu dan pemikiran maka hal itu terpuji.
Daripada Salim Bin Abdullah dari bapanya, dia berkata: "Telah bersabda Rasulullah Sallallaahu alaihi wa Sallam : "Ada tiga golongan manusia yang tidak akan dipandang oleh Allah Azza Wajalla pada hari kiamat: Orang yang durhaka kepada orang tua, wanita yang menyerupai lelaki, dan Dayus (orang yang tidak punya rasa cemburu Pent.)" (HR. An-Nasai) Beberapa bentuk penyerupaan wanita terhadap lelaki Banyak sekali bentuk penyerupaan wanita terhadap lelaki.
Masalah ini tidaklah terbatas hanya dalam hal pakaian saja tetapi mencakup lebih dari itu, diantara bentuk (penyerupaan) terhadap lelaki yang sering dilakukan oleh para wanita adalah:1.Menyerupai lelaki dalam hal berpakaian berupa memakai pakaian yang menyerupai pakaian laki-laki dan memakai celana panjang yang pada asalnya merupakan pakaian laki-laki dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu bahwa Rasul Shallallaahu alaihi wa Sallam melaknat laki-laki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian laki-laki pernah ditanyakan kepada Aisyah Radhiallaahu anha bahwa ada seorang wanita yang memakai sandal (model laki-laki-pent), maka berkatalah Aisyah: "Rasul Sallallaahu alaihi wa Sallam melaknat wanita yang meniru-niru laki-laki." (HR. Abu Dawud).2.Tidak berpegang teguh terhadap Hijab (pakaian wanita muslimah) yang disyariatkan. Imam Adz-Dzahabi berkata: "Diantara perbuatan yang menyebabkan terlaknatnya wanita adalah menampakkan perhiasan, emas dan berlian di balik cadar (hijab) dan memakai wangi-wangian ketika keluar atau memakai pakaian yang menjolok mata ... Semua itu termasuk tabarruj yang dimurkai Allah dan dimurkai pula orang yang melakukannya di dunia dan akhirat."3.Banyak keluar rumah tanpa ada keperluan baik bersama sopir pribadi, naik kendaraan umum atau menyetir sendiri seperti yang banyak terjadi dibeberapa negara atau berjalan kaki sekalipun jaraknya jauh.4.Berdesak-desakan dengan lelaki dan bercampur baur dengan mereka di pasar-pasar dan di tempat-tempat umum, bahkan sebahagian mereka tidak merasa malu untuk memasuki di barisan lelaki ketika menunggu, masuk dan duduk diantara lelaki khususnya di lapangan bisnes.5.Meninggikan suara dalam berbicara dengan lelaki dengan suara yang keras sehingga terdengar dari kejauhan. Padahal tabiat seorang wanita biasanya berbicara rendah nadanya dan menghindari berbicara dengan lelaki asing. 6.Meniru kebiasaan lelaki dalam hal berjalan dan beraktiviti, berupa berjalan di pasar-pasar atau jalanan seperti berjalannya lelaki dengan gagah menyerupai gerakan lelaki yang menampakkan kegagahan dan kejantanan. 7.Kasar dalam bermuamalah dan berakhlak dengan keluarga dan kerabatnya, tidak lembut, galak, keras kepala dan tidak menghargai orang lain, sifat-sifat ini tercela bagi lelaki maka bagaimana bagi wanita?8.Tidak memakai perhiasan yang khusus bagi wanita seperti pacar, celak mata, dan yang lainnya sehingga menjadi seperti lelaki dalam bentuk dan penampilan. Aisyah Radhiallaahu anhu berkata: Ada seorang wanita menghulurkan sebuah buku dengan tangannya dari balik hijab kepada Rasulullah Sallallaahu alaihi wa Sallam, beliaupun mengambilnya lalu berkata: "Aku tidak tahu apakah ini tangan lelaki atau pun tangah wanita?" Aisyah menjawab: "Tangan wanita." Beliau berkata lagi: "Kalau engkau wanita maka engkau harus merubah kuku-kukumu," maksudnya dengan pacar." (HR. Abu Dawud)9.Menyerupai lelaki dalam berpenampilan berupa memotong rambut seperti potongan rambut lelaki, memanjangkan kuku, posisi ketika berdiri atau duduk dan sebagainya. 10.Melepaskan diri dari pengawasan suami atau wali. Dia tidak mahu menerima kalau dirinya berada di bawah pengaturan suami atau wali dia menginginkan kebebasan bertindak secara mutlak tanpa izin atau pengawasan lelaki yang memang bertanggungjawab atas dirinya. 11.Bersiar tanpa mahram dengan berbagai alat transportasi dan yang paling masyur adalah kapal terbang. Dia sendirilah yang membeli tiket, pergi ke bandar, dan pemergian tanpa mahram yang menyertainya dan melindunginya dari orang-orang fasik. Perbuatannya itu telah menyimpang dari dinnya (agamanya) dan tabiatnya. Rasul Sallallaahu alaihi wa Sallam telah bersabda:"Janganlah seorang wanita keluar (safar) kecuali dengan mahramnya." (muttafaq 'alaih)12.Sedikitnya rasa malu, seorang wanita tomboy telah tercabut rasa malu dari keperibadian dan akhlaknya, ia tak ubahnya seperti pohon bugil tak berkulit.
Berbicara tentang segala hal, berjumpa dengan setiap orang pergi ke berbagai tempat tanpa rasa malu dan akhlak, sebagai mana sabda Rasul Sallallaahu alaihi wa Sallam dalam sebuah hadits yang shahih: "Sesungguhnya diantara hal yang telah diketahui manusia dari ucapan para nabi yang dulu adalah: Kalau kamu tidak merasa malu maka bertindaklah semahumu." Inilah beberapa bentuk penyerupaan wanita terhadap lelaki yang keburukannya begitu nyata dikalangan para wanita, dan hal ini amat patut disesalkan. Dari penjelasan di atas boleh kita tarik kesimpulan yang menyeluruh tentang definisi wanita tomboy iaitu: wanita yang menyerupai lelaki dalam hal berpakaian, penampilan, berjalan, berbicara, meninggikan suara, beraktiviti dan bercampur baur. Atau secara ringkasnya bahawa seorang wanita dikatakan tomboy kalau dia meniru seperti lelakii (padahal yang dia tiru adalah merupakan ciri laki-laki yang bertentangan dengan kudrat kewanitaannya-pent).
Beberapa sebab seorang wanita menjadi tomboy;1.Ada beberapa penyebab yang mendorong seorang wanita menjadi tomboy yang secara umum diantaranya adalah sebagai berikut: Kurangnya iman dan sedikitnya rasa takut kepada Allah, kerana terjerumusnya seseorang kepada maksiat baik dosa kecil ataupun dosa besar merupakan akibat dari kurangnya iman dan lemahnya perasaan merasa diawasi oleh Allah Azza wa Jalla. 2.Pendidikan yang rendah, peribahasa mengatakan bahawa seseorang adalah anak bagi lingkungannya. Bila lingkungan tempat dia hidup merupakan lingkungan yang soleh, maka diapun akan soleh, kalau lingkungannya kotor maka diapun akan seperti itu. Seorang anak wanita yang hidup dirumah yang semrawut yang kosong dari pendidikan yang baik pada umumnya akan mengheret dia kepada berbagai penyimpangan. 3.Pengaruh media masa dengan berbagai bentuk dan jenisnya, baik tontonan, yang di dengar, ataupun bacaan. Di dalamnya berkembang dan tersebar pemikiran-pemikiran sesat dan penyimpangan yang akan menyesatkan para wanita dan mendorong mereka untuk melanggar norma agama dan prinsip-prinsip kebenaran. 4.Taklid buta, dia berpakaian dan berprilaku tanpa memahami dan mengetahui apa yang dia lakukan, juga tidak memikirkan manfaat dan mudarat-nya. Dia hanya sekadar ikutan kepada apa yang ada di sekitar dirinya, dari kawan-kawannnya dan dari para seniwati (artis atau bintang), sekalipun hal itu bertentangan tabiat kewanitaannya. 5.Kawan bergaul yang rendah budi bicaranya, di antara hal yang tidak diragukan lagi adalah kawan bergaul yang mempunyai pengaruh besar dalam peribadi seseorang baik positif ataupun negatif. Sebagaimana sabda nabi Muhammad Sallallaahu alaihi wa Sallam : "Perumpamaan kawan bergaul yang soleh dengan kawan bergaul yang tidak baik seperti orang yang menjual minyak wangi dengan peniup pande besi (kiir). Panjual minyak wangi mungkin dia akan memberikan kepadamu atau kamu membeli darinya, atau kamu bisa mencium harumnya. Adapun peniup pande besi mungkin dia bisa membakar pakaianmu atau kamu mencium bau busuk darinya." (Muttafaq 'alaih). 6.Kurang percaya diri dan upaya menarik perhatian, sebahagian wanita ada yang merasa kurang percaya diri dan berupaya menutup kekurangan itu dengan cara yang justeru menyeret mereka kepada keburukan iaitu menyerupai lelaki dalam berperilaku, penampilan, pakaian dan sebagainya. Contoh yang buruk, contoh (figure) merupakan unsur pendidikan yang terpenting. Kadang-kadang seorang ibu berperilaku menyerupai lelaki lalu di contoh oleh anak perempuannya. Umumnya para anak wanita memiliki keperibadian kerana mencontohi ibu-ibu mereka. Maka seorang ibu yang tidak menghargai dan tidak menghormati ayah, pada umumnya anak wanitanya pun bertabiat seperti itu iaitu tidak menghargai suami mereka. Dan seorang ibu yang kasar nada bicaranya dan selalu keras dalam bersuara maka anak wanita-nya pun akan mewarisi sifat ini pula. Tidak adanya rasa cemburu dari suami atau walinya, sehingga tidak mencegah dia dari penyimpangan dalam masalah hijab dan pakaian dan tidak melarangnya dari perilaku yang tidak layak. Demikian diantara sebab-sebab terpenting yang dapat menjerumuskan wanita ke dalam sikap meniru kaum laki-laki. Semoga Allah menjaga kita dari segala perbuatan yang menyelisihi syari'atNya serta membimbing kita semua agar tetap diatas fitrah yang diredhaiNya. Dari Nasyrah Darul Wathan, "Al-Mustarjilah, al-mar'ah al-musyabbihah bir rijal", Hamud bin Ibrahim As-Sulaim (Abu Haidar)