Fabulous Followers

Sabtu, 31 Disember 2011

Mahasiswa UPSI dikejami oleh pihak polis

Berita terbaru yang diperolehi dari laman sosial twitter betul-betul mengejutkan..

Handphone mahasiswa dirampas oleh pihak polis dan mereka tidak dibenarkan rapat berdekatan balai polis Tanjung Malim..Roadblock diadakan sepanjang jalan untuk ke Balai Polis Tanjung Malim mengikut pernyataan peguam Chriskooi..

Bila soalan diajukan kepada polis berkaitan dengan keadaan mahasiswa yang ditahan mereka bersikap tidak memberi respon dan kasar..keadaan bertambah pilu bila mahasiswa yang bernama Saiful dan Syukri pergi untuk membuat laporan polis berkaitan kecederaan mereka tapi mereka ditarik secara keras dan ditahan tanpa sebab..

Ini boleh menyebabkan kredibiliti polis dipersoalkan-chriskooi..mengikut peguam tersebut dia masih hanya dapat menuggu documentation dan tidak dibenarkan berjumpa dan bertanya khabar tentang keadaan 9 mahasiswa yang ditahan polis..

Mengikut peguam nsurendrann "police are refusing to give me any info on status of arrested studentd,they even refuse info on condition of injured students" ini menyebabkan prosedur ini dipanggil prosedur hutan oleh peguam Chriskooi..

Jumaat, 30 Disember 2011

Untuk dijual ( GAHARU ) ASLI

Ni ada promosi sikit dari aku,nak tempah gaharu bukannya mudah tambah-tambah lagi yang asli..

Minyak GAHARU ni dibuat khas untuk diri sendiri,tapi memandangkan kita mempunyai bauan wangi yang lain-lain bagi aku yang ni tak berapa nak sepadan..

Harga asal dia RM360.00 kalau dibeli dekat bukit bintang kuala lumpur..Minyak Gaharu ni dipakai oleh ahli korporat arab dan yahudi. ( Sebenarnya ni adalah wangian sunnah rasulullah s.a.w ).

Jadi untuk promosi kali ni saya memberi harga RM180.00..sebab saya hasilkan sendiri dan ni minyak pertama yang dihasilkan..kuantiti dia satu tola tapi isian separuh tola..ramai yang bertanya kenapa separuh,jawapan yang paling tepat adalah : dah memang banyak tu keluar dari 5kg kayu gaharu nak buat macam mana..

Produk-produk gaharu yang lain akan saya paparkan disini setelah melihat feedback yang diperolehi..

Untuk maklumat/pertanyaan bolehlah dengan suka hati secara rela menghubungi atau juga mengSMS ditalian : 0148202710/0179898865 panggilan harith..

Banyak lagi keluaran terbaru..

Marah itu apa?

Untuk kurangkan kemarahan kita, kita sediakanlah paku dan penukul. Kemudian pilihlah satu dinding sebagai tempat memaku. Apabila kita terasa mahu marah pada seseorang, tahan dahulu seboleh yang mungkin. Kemudian, kita pergi ke arah dinding tadi. Lepas itu, kita pakulah dinding tadi dengan sebatang paku. Pukullah sekuat-kuat hati kita untuk melepaskan kemarahan. Biar terbenam seluruh paku ke dalam dinding.
Setiap kali terasa mahu marah, pakulah dinding itu. Satu paku, satu kemarahan. Lama-kelamaan, kita akan dapat mengawal kemarahan kita itu. Apabila kita sudah dapat mengawal kemarahan kita, pergi semula ke arah dinding tadi.
Cuba kita cabut semua paku kemarahan kita itu. Selepas kita cabut, jangan lupa untuk tengok pada keadaan dinding. Pasti penuh dengan lubang-lubang, bukan?
OK.
Ambil masa sekejap, dan kita renunglah pada dinding yang berlubang itu. Apakah maksudnya?
Dinding itu ibarat hati orang-orang yang pernah kita marah. Paku itu adalah kemarahan kita. Satu paku, satu kemarahan. Apabila kita marah, paku kemarahan itu akan menusuk hati seseorang. Memang sakit dan sungguh berbisa. Lepas kita marah, mungkin kita akan rasa menyesal. Lalu kita pergi meminta maaf dan cuba untuk mencabut semula paku-paku kemarahan tadi.
Tetapi, walaupun paku tadi sudah dicabut, kesannya tetap ada.
Hati telah terguris dan kekal berparut di hati.
Ingat kembali pada dinding, paku dan penukul setiap kali kita mahu marah. Saya juga sentiasa merenungnya. Hati-hati yang sudah terguris, maafkanlah diri ini.

Khamis, 29 Disember 2011

Azam 2012

Sempena tahun baru ni aku rasa azam tahun-tahun lepas kenala forward ke tahun ni..janji-janji lepas dulu pun tak tertunai..

Bila masuk je tahun baru ni rasa semangat dia lain sikitla..nak aja buat azam baru,bila fikir-fikir balik kenala sambung impian-impian yang tertangguh dulu..

Untuk tahun lepas list dia lebih kurang macam ni la

1. Kerja untuk tampung keluarga.
2. Menanam sifat kebaikan ( satu je dapat.hahah.solat kat masjid ).
3. Cari 25k..xde pon..tahun ni insyaAllah..

So,kpada polower pon harap korang pon forwardla azam tahun-tahun lepas kepada tahun baru ni,bukan apa aku percaya hanya 1/10 je yang betul-betul berjaya lakukannya..bukan senang..hahahah

Actually aku berazam lama dah untuk tahun-tahun ni,tp dalam tahun islam la.."̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮..selamat mencuba dan maju jaya..

Rabu, 28 Disember 2011

Perubatan tradisional

Bekam merupakan salah satu daripada usaha masyarakat tradisional untuk mencegah dan merubat pada zaman dulu-dulu..bekam bertujuan untuk mengeluarkan darah-darah yg berada diluar urat dan merupakan darah lama yang kotor..pada zaman sekarang ianya mempunyai bermacam kaedah seperti kaedah membakar,mencucuk dan men'siat' kulit luaran secara tidak menyakitkan.bekam mempunyai faedah-faedahnya tersendiri mengikut tempat dibekam.

Waktu berbekam :

Seelok-eloknya waktu pagi sebelum makan dan mandi..kerana badan masih belum aktif..


Hari berbekam :

Tidak dinyatakan secara jelas tidak kira islamik atau konvensional tetapi mengikut perubatan islam hari rabu merupakan cuti berbekam..

Seelok-eloknya bekam dibuat pada 17hb bulan islam dan jatuh pada hari selasa..tidak silap saya baru sahaja untuk tahun 1433h.ianya hanya sekali setahun dan dalam jaminan nabi s.a.w.