Fabulous Followers

Isnin, 13 Februari 2012

Demokrasi diMalaysia



Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berpelembagaan.
Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih daripada 9 Sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama 5tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem ini berdasarkan sistem Westminter kerana Malaysia merupakan tanah jajahan British.Kuasa Eksekutif ditetapkan oleh Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri.Berdasarkan perlembagaan Malaysia,Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada pendapat Yang Di-pertuan Agong memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen.Manakala Kabinet merupakan Ahli Parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Malaysia mengamalkan Sistem Parlimen dwidewan :
Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Dewan Negara mempunyai 70orang yang terpilih selama 3tahun,pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada 2 :
26ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13negeri.44ahli lagi dipilih oleh Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Termasuk 2 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 ahli masing-masing daripada Wilayah Labuan dan Wilayah Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai 222ahli dan setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun,dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kuasa Perundangan dibahagikan kepada antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,ini ditentukan oleh Parlimen.Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia,dan ia memerlukan majoriti 2/3 untuk diubah.Undang-undang kedua ialah Undang-undang Syariah yang menumpukan kepada orang Islam Malaysia.Sultan merupakan ketua Agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri.Undang-undang Syariah agak berbeza mengikut negeri.

Sistem Legaliti diMalaysia berasaskan undang-undang British.Walaubagaimanapun,kebanyakan undang-undang dan konstitusi diambil pakai daripada undang-undang India.Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang dirujuk daripada Mahkamah Rayuan.Ia mempunyai justifikasi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan diantara negeri-negeri atau diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.Semenanjung Malaysia,Sabah,Sarawak setiap satunya mempunyai Mahkamah Tinggi,Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara,pertahanan,keselamatan dalam negeri,keadilan ( kecuali kes-kes sivil dikalangan orang Melayu dan muslim yang lain dan juga orang-orang asli yang diletakkan dibawahundang-undang Islam dan Tradisi ) warganegara,kewangan,perdagangan,industri,komunikasi,pengangkutan dan hal-hal lain.

aku buat Entry ni sebab ramai lagi yang buta dan naif demokrasi dan sistem yang dipakai diMalaysia.tulisan aku tidaklah berat sangat macam Ainon Salleh author MLS ( Malaysia Legal System ) kerana aku cedok daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia.

0 comments: