Fabulous Followers

Selasa, 30 Jun 2009

Artikel Kesihatan - Kesan buruk hubungan seks ketika haid

Kesan buruk hubungan seks ketika haid Oleh Hafizah Iszahanid
BOLEHKAH melakukan hubungan seksual ketika haid?
Bolehkah seseorang ituhamil jika melakukan hubungan seks ketika haid?
Meskipun ramai yang menyatakan ya tetapi agama Islam menegaskan hubungansuami isteri ketika haid adalah perlakuan yang bukan saja haram tetapidianggap jijik.
Dari sudut kesihatan, hubungan seksual ketika haid memberi pelbagai kesanburuk kepada individu.
Ia tidak terhad kepada isteri tetapi juga suami. Inikerana golongan yang aktif seks seperti pelacur memiliki potensi yang tinggiuntuk mendapat masalah kesihatan kerana melakukan hubungan seks ketika haid.
Perunding Sakit Puan dari Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Fairuz AshikinAbdul Kadir, berkata darah haid mengandungi monotoksid dan jika diimbasbudaya pelbagai bangsa, apabila perempuan didatangi haid, dia biasanyadiasingkan.
*Orang kata, kalau tanam pokok pun, pokok tak akan tumbuh.
Vagina pada masahaid sangat lembut dan lebih senang dijangkiti penyakit dan ia bolehmemindahkan pelbagai jenis penyakit STD (sexually transmitted disease)seperti genital warts, herpes, gonorea dan chlamydia,* katanya.Kata Dr Fairuz, kebanyakan pasangan yang melakukan hubungan seksual ketikahaid mengadu mengalami kesakitan dua kali ganda daripada biasa.
Darah haidatau rembesan dari faraj sangat mudah mendedahkan pasangan dengan pelbagaijenis penyakit.
Meskipun kesannya kepada lelaki ketara tetapi impaknyakepada perempuan lebih hebat.
Tahap keseriusan STD memungkinkan perempuantidak mampu hamil.
Gonorea misalnya disebabkan oleh bakteria yang dipanggilneisseria gonorrhea. Ia mudah disebarkan menerusi hubungan seksual termasukseks oral. Ada banyak kes, gonorea tidak menunjukkan simptom tertentu.
Tetapi ada juga simpton yang ditunjukkan tidak dapat dikesan oleh pesakit.Lazimnya bagi perempuan yang mengalami gonorea, ia akan berasa sakit(burning sensation) ketika membuang air kecil atau keluarnya rembesan hijaukekuningan dari vagina.
Jika jangkitan merebak, ia akan masuk ke rahim dantiub fallopia yang akan mengakibatkan sakit perut, demam dan bengkak-bengkakpada badan.
Keadaan ini turut menyebabkan seseorang itu tidak subur.
Jangkitan gonorea ketika hamil akan mendatangkan masalah kepada janin danbayi yang baru lahir pula mungkin akan buta dan terdedah pada meningitis.
Lelaki yang terdedah pada gonorea akan mengalami simptom yang hampir sama,rasa sakit ketika kencing dan keluarnya cair kehijauan.
Gonorea bolehtersebar pada epididymis (struktur yang membantu membawa sperma). Keadaanini akan menyebabkan tisu berparut yang mengakibatkan kemandulan.
Satu lagi jangkitan yang boleh merebak ialah genital warts atau dikenalijuga sebagai venereal warts.
Ia boleh tersebar kerana hubungan seksualtermasuk oral.
Sesetengah orang mengesan genital warts pada bahagian tangandan ada juga di kakinya. Biasanya ia kecil, warnanya seakan kulit dan gatal.Banyak kes genital warts kelihatan seperti kubis bunga.
Bagi perempuan,genital warts biasanya tumbuh di bahagian bawah pintu faraj atau bibir farajdi bahagian serviks atau sekeliling punggung.
Bagi lelaki, warts tumbuhberhampiran zakar dan kawasan sekitarnya.Chlamydia pula adalah penyakit seksual yang paling biasa.
Ia akanmenyebabkan seseorang itu berasa sakit ketika membuang air kecil malah adayang akan terasa sakit di bahagian perut, sakit ketika melakukan hubungankelamin kadang-kadang ia menyebabkan demam.
Lelaki yang terdedah padaChlamydia akan berasa gatal atau burning sensations di sekitar zakar. malahada yang turut mengalami masalah zakar membengkak walaupun kes sebeginijarang berlaku.
Pasangan juga mungkin terdedah dengan genital herpes, satu lagi penyakitSTD.Genital herpes boleh muncul dan hilang begitu saja kerana tidak ada penawaruntuk herpes. Ia akan kekal di dalam tubuh pesakit dan merebak menerusihubungan kelamin. Genital herpes meningkatkan risiko terkena jangkitan HIV.
Ini kerana virus HIV boleh memasuki tubuh dengan mudah setiap kaliberlakunya luka pada badan. Jika perempuan hamil mengidap herpes,kemungkinan untuk menjangkiti janin sangat tinggi dan mendedahkan bayidengan meningitis malah kerosakan otak.Bolehkah perempuan haid boleh hamil? Kata Dr Fairuz ia tidak mungkinberlaku.
Ini kerana ketika haid, tubuh wanita mengeluarkan telur yang tidaksubur dan lapisan tubuhnya bersedia untuk telur yang subur jadi ia agakpayah untuk hamil pada ketika ini. Begitupun ia bukan lesen menghalalkanhubungan seksual ketika haid.
Seperti mana Islam menegaskan haram melakukanhubungan kelamin ketika haid, seperti itulah juga hebatnya kesan kepadakesihatan kepada yang ingkar.

Jumaat, 17 April 2009

mengembara..bersama teman..

salam..
agak lama aku xmeng update kan aku ponya blog..
minta maaf sepuluh jari kerana kelekaan aku dengan stress tempat kerja yang banyak sangat memberikan sedikit perangai hipokrit kepada aku..

cerita ni sebenarnya dah lama..
mengemvara bukan laa dalam hutan seperti haiwan liar..
tapi aku ke kuala lumpur kotaraya yang disegani rakyat malaysia yang sebenarnya penuh dengan liku dan kebelotan yang setara dengan tidak kepandaian pemerintahan..oops..
tersasul masuk kedalam politik..aku tidaklah sehebat pemikir untuk menceritakan segala masalah politik dirantau malaysia ku yang tercipta..

tetapi dalam al-quran pun ada menyatakan bahawa manusia itu disediakan sebaik-baik nikmat dan mereka sendirilah yang menghancurkannya.

aku dah berlengah ni..dahlaa nak tulis menda laen pergi ke tempat laen..
aku nak ceritakan pengalaman yang aku pergi ke kuala lumpur bersama temanku..
bukannya senang dalam proses aku yang sedang prektikel ni nak mintak cuti dengan bos aku..
naseb baek abang aku cover..

pada tanggal 14april aku bertolak ke kuala lumpur dengan menaiki sebuah kereta milik abangku yang sedang aku proses untuk aku bawa sendiri.
aku kesana dengan tujuan menguruskan hal pencen yang diberikan kepada aku..
aku telah membawa temanku ke sana kerana setelah berumur sekarang lebih kurang 24 tahun dia tidak pernah menjejakkan kaki kesana..walhal umurnya jauh melebihi daripada umurku..
oleh kerana kesian aku mengajaknya..biarpun dia seorang yang kurang dengan harta benda tetapi dia mempunyai hati nurani yang baik dan suci..hahaha..

oleh kerana aku mempunyai keyakinan yang dia telah pun menyediakan peralatan yang diperlukan aku bersedia menanggung risiko untuk membawa dia kesana.

seperti biasa di kuala lumpur..
aku ditinggalkan oleh abangku untuk berjalan-jalan kerana abang aku masih mempunyai kerja.jadi aku merata ke jalan stesen komuter dengan gaya ala artis..
sesampai disana aku terus mencucuk duit kedalam tempat tiket..
aku mengajar temanku untuk terus bersama-sama membeli tiket dan melata lagi..
dengan mata terkedip-kedip.
dia mengatakan kepada ku.."mana bawak beg duit,mak kata kat k.l bahaya..aku dah simpan dalam kereta"..
dengan keadaan cuba tersenyum.aku cuba untuk bercakap.tapi xberjaya..
aku menelefon kepada abangku dan suruh datang kembali dan disambut mesra abang ku tunggu pukul 8malam.ketika itu zohor pon blom lagi..

well..
aku terus menunggu dan menunggu..
moral of the story..

korang nak wat baik pon..kena taw laa teman kita tu jenis lurus ke tidak.jangan jadi macam aku..
agak tersenyum laa..