Fabulous Followers

Khamis, 14 November 2013

AKU

aku siapa aku?

aku main peranan kepada dunia ke belum?dunia ni yg main aku kot.
argh jauh tul nk pusing balik ke sempadan fitrah.70000 hijab kena singkap bukan satu hijab tu sesaat je nk pecahkan..

syukur aku ada turning point nk kembali kepada asal Aku tapi belum betul² istiqamah je lagi.
dengar suara dalaman asyik memberontak dan menyalahkan zahir aku.
ya, aku banyak menurut zahir tanpa hiraukan nurani dan batiniah yg banyak kena perbaiki.
kononnya zahir itu syahadah dengan mata,
kononnya itulah yg sebenar..
tapi pikirla kan mcmna kalau zahir ini tipuan kerana dalam neuro system kita ada sesuatu yg di panggil persepsi.argh manipulasi boleh dilakukan..

tidak dengan batin dan nurani Aku yang hakiki.

Insya Allah aku akan sentiasa bercerita pasal aku dan Aku untuk mengingatkan aku kepada Aku yg sebenar² nya aku..



Selasa, 26 Jun 2012

kembali

sesaat kadang menjadi terlalu lama bila di ambang kesunyian.apa kata kita mengisikan dengan tasbih memuji ilahi dan zikir yang langsung tidak membebani diri fizikal dan rohani?.kelebihan diri untuk memikirkan sejenak tentang kelebihan diri pun sudah cukup untuk mendapatkan pahala asalkan diniatkan pada tempatnya.

apalah yang digundah kan pun tidakku ketahui.terasa kecilnya diri ini berbanding rakan sahabat lain yang jauh kehadapan,mungkin aku perlu 'kembali' kepada jalan yang telah aku 'skip' dan melencong ke jalan yang lurus.

luahan ini berilhamkan sahabat yang sama usia tapi matang melebihi sempadan usia.tidak sesempurna ahli siddiqin tapi beliau apa itu perjuangan.kecilnya diri ini terbit dari satu sudut hati yang telah lama mengagumi beliau.biarpun kita banyak melalui pengalaman yang sama tapi tafsiran minda berbeza.kompleksnya ciptaan tuhan indahnya bila difahami.

berdasarkan kefahaman yang sedikit dan ilmul haq yang setitis ini aku mulai sedar KEMBALI itu adalah jalan     yang dibolehkan dalam Islam.aku tidak akan Lupa.doakan aku semua.

Isnin, 13 Februari 2012

Demokrasi diMalaysia



Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berpelembagaan.
Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang dipilih daripada 9 Sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama 5tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Sistem ini berdasarkan sistem Westminter kerana Malaysia merupakan tanah jajahan British.Kuasa Eksekutif ditetapkan oleh Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri.Berdasarkan perlembagaan Malaysia,Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat yang pada pendapat Yang Di-pertuan Agong memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen.Manakala Kabinet merupakan Ahli Parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Malaysia mengamalkan Sistem Parlimen dwidewan :
Dewan Rakyat dan Dewan Negara.Dewan Negara mempunyai 70orang yang terpilih selama 3tahun,pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada 2 :
26ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13negeri.44ahli lagi dipilih oleh Seri Paduka Baginda Yang-Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Termasuk 2 wilayah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 ahli masing-masing daripada Wilayah Labuan dan Wilayah Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai 222ahli dan setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun,dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kuasa Perundangan dibahagikan kepada antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,ini ditentukan oleh Parlimen.Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan Malaysia,dan ia memerlukan majoriti 2/3 untuk diubah.Undang-undang kedua ialah Undang-undang Syariah yang menumpukan kepada orang Islam Malaysia.Sultan merupakan ketua Agama Islam dan kuasa ini tertakluk kepada baginda kerajaan negeri.Undang-undang Syariah agak berbeza mengikut negeri.

Sistem Legaliti diMalaysia berasaskan undang-undang British.Walaubagaimanapun,kebanyakan undang-undang dan konstitusi diambil pakai daripada undang-undang India.Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang dirujuk daripada Mahkamah Rayuan.Ia mempunyai justifikasi asal dalam hal-hal konstitusi dan dalam perselisihan diantara negeri-negeri atau diantara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.Semenanjung Malaysia,Sabah,Sarawak setiap satunya mempunyai Mahkamah Tinggi,Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap hal-hal luar negara,pertahanan,keselamatan dalam negeri,keadilan ( kecuali kes-kes sivil dikalangan orang Melayu dan muslim yang lain dan juga orang-orang asli yang diletakkan dibawahundang-undang Islam dan Tradisi ) warganegara,kewangan,perdagangan,industri,komunikasi,pengangkutan dan hal-hal lain.

aku buat Entry ni sebab ramai lagi yang buta dan naif demokrasi dan sistem yang dipakai diMalaysia.tulisan aku tidaklah berat sangat macam Ainon Salleh author MLS ( Malaysia Legal System ) kerana aku cedok daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia.