Fabulous Followers

Ahad, 22 Januari 2012

Pengenalan kepada pertahanan diri

Saya sikit takkan melupakan kisah yang berlaku pada 5tahun lepas yang mana banyak merubahkan kehidupan saya seluruhnya.pada petang yang hiruk itu saya berjoging untuk mengeluarkan peluh di sekitar tasik Jitra,seorang budak perempuan daripada IPTA disekitar itu telah diculik ketika sedang berjoging manakala si teman lelakinya sedang minum air dikawasan itu tidak menyedarinya,waktu itulah penjenayah tersebut melompat keluar dari kereta dan mengambil kesempatan menyorong dia masuk ke dalam kereta.satu jenayah yang berlaku hanya dalam beberapa detik.syukurlah saya berada ditempat kejadian dan terus mengheret dia keluar dari kereta tersebut.lalu saya menunggang motosikal dan mengejar penculik tersebut untuk mendapatkan nombor pendaftaran kereta mereka dan saya berjaya.saya menuju ke balai polis berhampiran dan membuat laporan polis bersama perempuan terbabit.akhirnya selepas 5jam kemudian penculik tersebut ditangkap polis..

Setelah menjadi saksi saya melihat dan mendapat maklumat penculik itu telah dihukum penjara..setelah melihat perempuan itu kembali ke pangkuan keluarganya saya sedar dan tahu apa yang patut saya lakukan.

Untuk pengetahuan anda,saya telah berlatih seni bela diri semenjak di sekolah menengah dan saya begitu teruja tetapi minat saya sentiasa berubah-ubah.sehingga hari kejadian tersebut saya sentiasa belajar untuk berada di bidang komersial tetapi kecintaan saya terhadap seni bela diri tidak dapat dipadamkan dan saya tekad untuk mengajarkan kepada orang ramai seni itu.

Sekarang tidak lagi kerisauan saya wujud,saya memang telah sebati dan akan terus berusaha untuk mengajarkan seni bela diri ini kepada orang ramai..saya mula mengkaji seni-seni bela diri yang baru,mengkaji tingkah laku jenayah,statistik-statistik jenayah dan lain-lain.saya mula mengikut kata hati dan memperhambakan diri kepada seni mempertahankan diri ini..

Matlamat saya mudah,saya ingin membantu supaya orang lain berasa selamat dimana jua samaada dirumah ataupun diluar rumah,disiang hari atau pun malam hari.perjuangan saya ini tidak mementingkan umur,saiz,jantina,kekuatan dan juga kebolehan anda.apabila saya mengasaskan pertubuhan harimau putih 156 pada tahun 2010 saya menetapkan wawasan untuk mendidik mereka seramai yang boleh.

Bahan tips ini boleh dibahagikan kepada 6bahagian dan saya memfokuskan tips ini kepada topik khusus pertahanan diri.saya mengharapkan tips-tips ini menjadi informatif dan mendalam maklumatnya.

Sampai berjumpa lagi .
Tunggu info dari saya kemudiannya..

2 comments:

Ahmad Sabree berkata... Reply Comment

SINGGAH SINI BACE ENTRY...
NICE ") NICE ") NICE ") LIKE :)

abe69 berkata... Reply Comment

@sabry oppa

hahah..tq bro..datang lagi tau..