Fabulous Followers
Khamis, 14 November 2013
AKU
aku main peranan kepada dunia ke belum?dunia ni yg main aku kot.
argh jauh tul nk pusing balik ke sempadan fitrah.70000 hijab kena singkap bukan satu hijab tu sesaat je nk pecahkan..
syukur aku ada turning point nk kembali kepada asal Aku tapi belum betul² istiqamah je lagi.
dengar suara dalaman asyik memberontak dan menyalahkan zahir aku.
ya, aku banyak menurut zahir tanpa hiraukan nurani dan batiniah yg banyak kena perbaiki.
kononnya zahir itu syahadah dengan mata,
kononnya itulah yg sebenar..
tapi pikirla kan mcmna kalau zahir ini tipuan kerana dalam neuro system kita ada sesuatu yg di panggil persepsi.argh manipulasi boleh dilakukan..
tidak dengan batin dan nurani Aku yang hakiki.
Insya Allah aku akan sentiasa bercerita pasal aku dan Aku untuk mengingatkan aku kepada Aku yg sebenar² nya aku..
Selasa, 26 Jun 2012
kembali
apalah yang digundah kan pun tidakku ketahui.terasa kecilnya diri ini berbanding rakan sahabat lain yang jauh kehadapan,mungkin aku perlu 'kembali' kepada jalan yang telah aku 'skip' dan melencong ke jalan yang lurus.
luahan ini berilhamkan sahabat yang sama usia tapi matang melebihi sempadan usia.tidak sesempurna ahli siddiqin tapi beliau apa itu perjuangan.kecilnya diri ini terbit dari satu sudut hati yang telah lama mengagumi beliau.biarpun kita banyak melalui pengalaman yang sama tapi tafsiran minda berbeza.kompleksnya ciptaan tuhan indahnya bila difahami.
berdasarkan kefahaman yang sedikit dan ilmul haq yang setitis ini aku mulai sedar KEMBALI itu adalah jalan yang dibolehkan dalam Islam.aku tidak akan Lupa.doakan aku semua.
Khamis, 29 Disember 2011
Azam 2012
Bila masuk je tahun baru ni rasa semangat dia lain sikitla..nak aja buat azam baru,bila fikir-fikir balik kenala sambung impian-impian yang tertangguh dulu..
Untuk tahun lepas list dia lebih kurang macam ni la
1. Kerja untuk tampung keluarga.
2. Menanam sifat kebaikan ( satu je dapat.hahah.solat kat masjid ).
3. Cari 25k..xde pon..tahun ni insyaAllah..
So,kpada polower pon harap korang pon forwardla azam tahun-tahun lepas kepada tahun baru ni,bukan apa aku percaya hanya 1/10 je yang betul-betul berjaya lakukannya..bukan senang..hahahah
Actually aku berazam lama dah untuk tahun-tahun ni,tp dalam tahun islam la.."̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮..selamat mencuba dan maju jaya..
Rabu, 25 Mei 2011
malas hati ini~
adakalanya datang waktu untuk memerah ketangkasan berbahasa adunan guru bahasa melayu dan inggerisku..pastiku manfaatkan untuk menceritakan segalanya edisi fikiranku..
rentetan banyak peristiwa dan perjalanan pengalaman bersama si wanita itu aku mempunyai pengalaman tentang dunia..tapi hilang dasar kehidupanku..oh,apakah aku hilang identiti asalku?..kembali pada Penguasa segala penguasa membuatkan 'mereka' si penangguh bertahan dari hasutan romantiscm syaitan..
dia 'seekor manusia' dan 'seorang syaitan' tidak dilabelkan melainkan kerana telah memenuhi kriteria tersebut.galau si penangguh tidak berupaya untuk menahan galakan 'seekor dia'..andai ku punya kuasa.penghujung nyawamu tetap di mata lirikanku.
nukilkan sedikit tentang diri ini wahai wanita..untuk tatapan dan senyuman si penangguh..diri ini bagaikan mempunyai jasad tidak berhati..sampai bila akan bertahan tidak pasti..
ceritera antara penangguh dan si wanita
Rabu, 9 Mac 2011
my quotes
unite in believing..
the quiter you become,the more you can hear..
tolerance..
i pray for a better world,one worthy of the human race as a whole,where love,peace,and understanding rule our affairs..
dulu²..ada teringt cerita ni~

hai..
semasa dalam perjalanan ke tempat menyantap makanan bersams rakan-rakan yang tersayang dan seperjuangan.maka timbullah satu cetusan idea ( bukan idea pon,teringat aje.. ) kisah lama² yg slalu org tua jadikan sbgi peneman tidur..sekarang ni dah ubh dah bersempena kehadiran program math and science in english..diberi nama bed time story..kisah ni aku buatkan kenangan utk diriku yg sentiasa merindui ayah yg suka bercerita..
al-kisah..
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"....
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...sekian
macam tulis laporan je.hahah..nasihat atau moral dlm ceta ni..jgnla tamak n selalu la berjujur..
hahah..wt slap ckit..nnti ada yg komen..ok..
Selasa, 8 Mac 2011
sedikit cerita..

hehehe..macam² cerita la sekiranya nk cerita..saje nk wat saspen sape² yg nk bca blog aku ni..padan muka korang..hahah..
cerita nya begini..
jalan cerita ini diambil sempena nama seorang rakan yg skrng diharap sudah insaf..
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama.
Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, sorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik tu .
Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik" kata pak cik tersebut, "duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
bermulanya..
hahaha..
mai aku nk bercerita tentang blog yg aku buat ni..
seperti blog² laen jgk.sdh tntu nk membebel serta memajukan alam maya milik servis provider internet² yg korang ( yg sedang baca ni! )..
tp laen nya blog aku ni sbb aku nk membebel cara aku..sebab aku yg create kan dia..
inilah serba sedikit ttg blog aku..
heheh..
byk labels ttg blog aku ni..bhgian info xada kot sbb aku xde info tebaru..
cerita ttg pembangunan sumber manusia..sumber pemikiran,pemakanan,ilmu sejagat dan juga laen²..tp ingin aku tegaskan yg aku ni bukan berbentuk fakta..kerana ianya digarap dengan penuh kecacatan pendapat aku yg xada tauliah..aku mintak maaf.. :p

